Sunday, March 13, 2011

Welcome to Kawasaki Z1000sx blog!





Welcome! Selamat datang kepada semua peminat Kawasaki Z1000sx dan jugak rider tegar macam saya hehe...

Sedikit mengenai penglibatan saya dalam riding bike... memang sejak kecil lagi suka sangat dengan Superbike.. pantang selisih ngan keta bapak saya terus aje saya menoleh mencari deruman engine yang sungguh meleburkan hati (sekarang bunyi enginenya akan meleburkan "syahwat" kerana waktu kecik belum akil baligh lagi haha)

Waktu kecik saya kiranya orang susah ..jadik dapat tengok pun kira sudah bersyukur sangat. Nie bila dah besar panjang dan menggomolkan diri dalam alam perniagaan... tetapi secara kecil kecilan laa... maka dapatlah simpan duit sesikit dan alhamdulillah dapat belik motor superbike pertama iaitu Kawasaki ER6-F 650cc twin-inline.



Motor ni kiranya dah hebat sesangat.. 0-100 KM/h kurang dari 4 sec dan top speed dapat max 220KM/h memang kire bedesup... walaupun cuma 72bhp tetapi masih boleh ikut medium supersport (600cc 4-inline) setakat kat highway memang takde kereta yang boleh potong... tak caya? tengok video yg aku buat kat bawah nie.. (tapi masa tu hujan laa so dapek 212KM/h aje hehe)


Engine performance dengan torque yang tinggi melancarkan lagi jentera ER6-F nie.. dalam gear 6 pun boleh ride dalam 70km/h and terus pulas pendikit tanpa perlu tukar gear rendah. Design overlook motor nie memang cun dan akan menjadi perhatian pengguna jalan raya lain apabila berhenti di lampu isyarat. Durability bike ini telah lama teruji dengan Kawasaki Versys yang mempunyai engine yang sama - motor versys ialah motor yang telah ikut dalam jelajah KL-London EM1. Malah motor ini telah diuji oleh saya sendiri dari Melaka - Phuket dan memang tahan lasak kerana sepanjang jalan pergi hujan yang lebat dan masa pulang panas yang amat terik. Kelajuan purata semasa pergi (dalam kumpulan) 140 - 170 km/h dan semasa pulang saya
sendirian so pulas throttle .. 180 km/h - 200 km/h purata dan masa perjalanan dari Bukit Kayu Hitam - Bandar Melaka mengambil masa 5jam 30min .. cuma berhenti isi minyak dan keluar minyak aje ..hehehe. Er6f ini juga telah saya bawa jelajah Melaka - Grik - Betong - Yala - Narathiwat - Golok - Kota Bahru - Gua Musang - Genting - Melaka, pendek kata seluruh Malaysia saya dah pusing habis dan alhamdulillah motor tidak pernah meragam. Fuel consumption pula yang terbaik.. sekali isi tank penuh dalam RM20-RM25 boleh jalan dalam 200KM. Handling motor boleh dikatakan mantap kecuali apabila amik kona tajam .. motor akan buai sedikit..mungkin kerana sistem suspension belakang jenis side position. Break depan amat mencengkam dan belakang perlu diberi penambah baikan, Braided Brake Hose disarankan untuk dipasang kat motor nie, selain itu Kawasaki perlu tukarkan motor radiator fan yang lebih baik. Lagi satu kekurangan motor ini adalah dari segi ventilation udara panas dari enjin akan terus menghala ke lutut/kaki rider.. tapi lama kelamaan bila dah biasa tak rasa panas sangat.

Oh ya dah tentu koorang tertanya apalah blog pasal z1000sx tapi merepek pasal ER6 pulak? Well cerita pasal Z1000sx memang motor idaman aku sejak dikeluarkan oleh Kawasaki Heavy Industries sejak bulan October 2010. Lamaran Z1000sx telah saya sempurnakan seminggu yang lepas dan Alhamdulillah wang hantaran telah pun saya setelkan dan mengikut kata Ban Chye Motor dalam 4 minggu motor akan sampai... so sehingga itu harap koorang tungguuuu sabauu..... (macam nasihat kat diri sendiri je. hik hik)

3 comments:

  1. Hehehehhe,,,,,,rasa tak sabar kan? Sabar...sx memang best.

    ReplyDelete
  2. Ha..betul-betul memang masyukkkk

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro doBot & bro Khir for the commenct.. insyaallah jika ada masa lapang boleh lah ride bersama-sama.

    ReplyDelete